Setiap bulan, apa yang selalu wanita akan tertunggu-tunggu? Sudah semestinya kitaran haid untuk sampai betul tak? Kalau haid tak sampai pada masa yang sepatutnya, risau juga dibuatnya. Tetapi, tahukah anda bahawa warna darah haid kita mempunyai maksud yang tersendiri? Rupa-rupanya, setiap warna yang berbeza menerangkan apa yang kurang dan apa yang terlebih dalam badan kita.
Nak tahu apa maksud disebalik warna darah haid kita? Jom kita tengok 6 warna yang berbeza ini.
1. KALAU WARNA ALA-ALA MERAH JAMBU
http://www.inquisitr.com/
Jika warna darah ke arah merah jambu atau ‘pinkish’, ini bermakna
anda mengalami tahap estrogen yang rendah. Kajian menunjukkan bahawa
jika anda mempunyai tahap estrogen yang rendah, ini bermakna anda
terlebih bersenam. Bila terlebih bersenam, ia akan menjejaskan peredaran
haid anda. Jangan ambil mudah kerana, tahap estrogen yang rendah boleh
menyebabkan anda mengalami osteoporosis jika tidak dirawat dengan
segera. Jadi, selepas ini kalau agak-agak nak dekat dengan ‘period’ tu,
kurangkan aktiviti bersenam ya!2. KALAU WARNA CAIR
dk.pinterest.com
Warna darah haid yang cair ini bermaksud bahawa anda kekurangan
nutrisi. Kajian dari Mount Sinai School of Medicine di New York
mengatakan bahawa jika darah haid adalah cair dan seperti cecair, ini
bermakna anda telah tergolong dalam kalangan orang yang boleh mendapat
penyakit anemia. Tambah pula jika semakin hari semakin cair darah haid
tersebut. Oleh itu, kalau keadaan berlarutan, anda dinasihatkan untuk
berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.3. KALAU WARNA COKLAT GELAP
www.shutterstock.com
Kurang membuang air kecil adalah salah satu penyebab kenapa darah
haid berwarna coklat gelap. Ini kerana, darah yang berlebihan akan lebih
lama tersimpan dan tidak melalui proses pembuangan air kecil. Jangan
risau, situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap
wanita itu adalah berlainan. Jika anda dapati darah haid berwarna coklat
gelap, ketahuilah bahawa ini adalah proses biasa pada awal haid dan
hujung kitaran haid.4. KALAU WARNA MERAH GELAP
www.shutterstock.com
Warna merah gelap dan tekstur ala-ala jem strawberi adalah salah satu
warna darah haid yang akan dialami oleh wanita. Ini bermaksud bahawa
anda mempunyai tahap progesterone yang rendah dan tahap estrogen yang
tinggi. Jika ketulan darah agak besar dari kebiasaan, ini bermakna anda
mengalami ketidakseimbangan hormon yang tinggi. Jadi, disarankan untuk
anda mengurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan
manis untuk tengok perbezaannya. Jaga-jaga, jangan sampai berlakunya
‘uterine fabroids’.5. KALAU CAMPURAN MERAH DAN KELABU
www.shutterstock.com
Jaga-jaga, jika anda mempunyai darah haid yang berwarna merah
bercampur kelabu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan cepat.
Ini kerana, kemungkinan besar anda telah terjebak dengan apa yang
dipanggil STD iaitu ‘sexually transmitted infection’. Ini bermaksud anda
boleh berjangkit dengan kuman tanpa disedari dan begitu juga pasangan
anda. Jangan berlengah lagi, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.6. KALAU WARNA MERAH TERANG
http://www.dunebeads.com/
Ini adalah warna yang diidamkan oleh semua wanita! Jika darah haid
anda berwarna merah terang dan kelihatan seperti jus buah ceri, ini
bermakna anda mempunyai tahap kesihatan dan kitaran haid yang normal.
Memang setiap wanita mungkin akan mempunyai pengalaman haid yang berbeza
tetapi jika anda mempunyai darah haid sebegini secara konsisten, ini
bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal.Jangan lupa ‘check’ lepas ni!